BERITA SEMASA

PM ziarah dua keluarga mangsa kebakaran, sampaikan sumbangan

KUALA LANGAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, dua minggu lalu.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, Selangor. 20 Februari 2026. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

Beliau berkata, kunjungan itu dilakukan sebelum menunaikan solat Jumaat sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap mangsa terlibat.

Menurutnya, insiden tersebut amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila salah sebuah keluarga kehilangan anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran berkenaan.

“Peristiwa ini amat menyentuh hati. Saya berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga mangsa.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, Selangor. 20 Februari 2026. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

“Saya juga mendoakan agar kedua-dua keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Media sebelum itu melaporkan kebakaran yang berlaku di kampung berkenaan mengakibatkan dua buah rumah musnah sepenuhnya dan meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki.

Dalam pada itu, Anwar turut menyeru masyarakat agar terus menzahirkan semangat kebersamaan dan membantu keluarga terjejas bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button