LUAR NEGARA

Pelancong Perancis maut jatuh air terjun ketika berswafoto

BANGKOK – Seorang pelancong warga Perancis maut selepas tergelincir lalu terjatuh daripada tingkat kelima sebuah air terjun di Koh Samui, di wilayah Surat Thani, semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika pelancong berkenaan, Alexis Vergos,22, sedang berswafoto bersama teman wanitanya.

Wanita berkenaan, bagaimanapun bernasib baik apabila terselamat daripada insiden maut itu, lapor portal Thethaiger.

Laporan itu menyebut, pegawai dari Balai Polis Koh Samui bergegas ke Air Terjun Na Muang 2 sejurus menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Polis, pasukan penyelamat dan pegawai pentadbiran tempatan melancarkan operasi mencari sebelum menemukan jasad Vergos di sebuah kolam air di tingkat keempat air terjun itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button