BERITA SEMASADALAM NEGERI

Dua maut, empat parah kereta terbabas rempuh pokok di Putrajaya

PUTRAJAYA – Dua lelaki maut selepas sebuah kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok dalam kemalangan di Presint 1 menghala Taman Wetland, dekat Presint 12, di sini pagi tadi.

Kejadian itu turut mengakibatkan empat lagi mangsa mengalami kecederaan parah.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Difahamkan beberapa mangsa tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kemalangan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, M. Haziq Hazmi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada pukul 11.58 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 14 bersama pasukan EMRS dikejarkan ke lokasi.

“Enam mangsa terbabit kejadian itu, dengan dua lelaki disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Empat mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut menggunakan jentera EMRS,” katanya menerusi Facebook Bomba Wilayah Persekutuan Putrajaya hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba menjalankan operasi pengasingan mangsa serta kerja pembersihan di lokasi termasuk memotong pokok menggunakan peralatan khas bagi memastikan laluan selamat sepenuhnya.

Operasi membabitkan tujuh anggota bersama satu jentera LFRT dan satu unit EMRS dari BBP Presint 14.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button