BERITA SEMASA

Pembantu kedai runcit maut dalam kemalangan lima kenderaan

JEMPOL – Seorang pembantu kedai runcit maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dan tiga motosikal di Kilometer 27, Jalan Bahau-Kemayan, semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 5.15 petang apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah kereta Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, mangsa berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati pemandu Proton Waja, seorang lelaki berusia 38 tahun sedang memotong tiga buah motosikal sebelum bertembung dengan Perodua Myvi.

“Akibat pertembungan itu, pemandu Proton Waja hilang kawalan dan melanggar tiga motosikal yang berada di jalan,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Ketiga-tiga penunggang motosikal yang terlibat berusia antara 29 hingga 42 tahun mengalami kecederaan.

Selain itu, sebuah lagi kereta Proton Waja yang dipandu oleh seorang wanita berusia 38 tahun turut bergesel dengan Perodua Myvi dalam kejadian tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau merbahayakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button