BERITA SEMASA

Kerajaan Perpaduan kekal utuh, stabil meski berlaku perubahan politik negeri – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kekal utuh dan stabil meskipun berlaku perkembangan politik di beberapa negeri, termasuk Johor dan Negeri Sembilan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, situasi politik di peringkat negeri adalah berasingan daripada kedudukan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan tidak melihat sebarang keadaan yang boleh menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

“Pada peringkat kerajaan keseluruhan, kita telah menandatangani perjanjian persefahaman sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan dan komitmen daripada rakan-rakan gabungan juga sangat jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi meja bulat sempena pelancaran laporan Mobile Economy Asia Pacific 2026, di sini, hari ini.

Baca juga : Fahmi nafi PH akan kurangkan kuasa Melayu-Islam melalui persempadanan semula

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persoalan berhubung kestabilan Kerajaan Perpaduan susulan perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button