BERITA SEMASA
Pesawat FA-18D TUDM terlibat kemalangan
KUANTAN – Pihak Tentera Udara Dirja Malaysia (TUDM) mengesahkan satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah pesawat pejuang FA-18D Hornet di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.
TUDM dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku pukul 9.15 malam tadi.
“Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan tersebut.
“Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih,” kata kenyataan itu lagi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








