JENAYAH & MAHKAMAH

Kes kedai mercun meletup, terbakar terjadi pada 2018 – Ketua Polis Jempol

SEREMBAN – Sebuah video yang memaparkan kejadian kedai menjual mercun mengalami letupan dan kebakaran yang menjadi tular di media sosial semalam, sebenarnya merupakan video lama.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 14 Jun 2018, pada kira-kira pukul 9.50 malam .

“Tangkapan telah dibuat terhadap dua individu dan salah seorang telah pun dituduh di Mahkamah Bahau pada 31 Oktober 2018.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan kepada pihak media, hari ini.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dinasihatkan tidak menularkan semula video lama atau berita tidak tepat di media sosial.

Menurutnya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkenaan yang jelas boleh mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sebelum ini, video tersebut kembali menjadi tular di media sosial setelah sebuah portal (bukan Malaysia Tribune) memuat naik video tersebut dengan kapsyen ia berlaku di Kedah.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar telah mengeluarkan penafian dan memaklumkan bahawa satu kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, 233 Akta Komunikasi Multimedia telah dibuka.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button