BERITA SEMASA

Korban nahas lori FRU meningkat

TELUK INTAN – Angka korban kemalangan di antara lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan sebuah lori batu meningkat kepada sembilan apabila seorang lagi anggota dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin.

Lapan anggota maut di lokasi kejadian, seorang lagi disahkan maut di hospital, manakala lima lagi anggota cedera ringan.

“Semua mangsa maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat,” katanya.

Terdahulu, lapan anggota FRU, terbunuh di lokasi kejadian akibat kemalangan itu.

Difahamkan, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai menjalankan tugasan Op Chariot, di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button