Lelaki maut SUV jatuh gaung di laluan Tapah-Cameron Highlands
TAPAH – Hasrat melawat ahli keluarga yang meninggal dunia bertukar tragedi apabila kenderaan dipandu seorang lelaki terjatuh ke dalam gaung di laluan Tapah–Cameron Highlands, malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.43 malam itu, mangsa berusia 44 tahun maut, manakala isteri serta empat anak mereka cedera selepas SUV jenis Perodua Aruz dinaiki terbabas di Batu 21 jalan berkenaan.
Difahamkan, enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands bagi menziarahi kematian ahli keluarga.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kenderaan tersebut terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter dan terbalik di dalam sungai cetek.
Pemandu dilaporkan tersepit sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas, namun disahkan meninggal dunia di lokasi.
Lima mangsa lain yang cedera, termasuk seorang wanita dan empat anak berusia antara enam hingga 19 tahun, telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Operasi menyelamat melibatkan 14 anggota bomba bersama beberapa jentera dan tamat sepenuhnya pada pukul 11.02 malam.
Rakaman video tular dipercayai menunjukkan kenderaan mangsa terbabas ketika cuba mengelak lori dari arah bertentangan di laluan sempit dan berselekoh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








