Tuanku Muhriz pulang ke Negeri Sembilan, mahu selesaikan kemelut
SEPANG – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada baginda susulan kemelut yang berlaku di negeri itu.
Baginda bertitah, sokongan berkenaan menjadi dorongan untuk baginda kembali ke Negeri Sembilan bagi menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku.
“Terima kasih atas sokongan yang kuat. Saya akan balik istana, mana lagi saya nak balik.
“Saya balik nak selesaikan masalah ini, insya-Allah. Terima kasih semua,” titah baginda ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam ini.

Tuanku Muhriz sebelum itu tiba di KLIA selepas selesai urusan di luar negara dan disambut penyokong serta petugas keselamatan.
Kepulangan baginda berlaku ketika kemelut berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan perkembangan politik di negeri berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








