LUAR NEGARA

Trump bakal isytihar Selat Hormuz sebagai ‘wilayah’ Amerika Syarikat

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai “wilayah” AS dalam tempoh terdekat, ketika ketegangan antara Washington dan Iran terus memuncak.

Trump membuat kenyataan itu ketika berucap di New York pada Jumaat dan mendakwa AS akan mengambil alih kawalan terhadap laluan perairan strategik yang menjadi antara laluan utama perdagangan minyak, gas asli dan baja dunia.

“Selepas kita selesai mengalahkan Iran, yang sedang mengalami kekalahan teruk, tidak lama lagi saya akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah Amerika Syarikat,” katanya.

Selat Hormuz sebelum ini menjadi laluan penting yang menyalurkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia.

Namun, sejak tercetusnya perang AS-Israel dengan Iran pada 28 Februari, Iran mengehadkan pergerakan kapal melalui selat berkenaan.

Kawalan terhadap Selat Hormuz kini menjadi antara isu utama dalam rundingan gencatan senjata antara AS dan Iran.

Pada Jun lalu, AS dan Iran memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi menghentikan operasi ketenteraan, termasuk komitmen Iran untuk melakukan usaha terbaik bagi memastikan laluan selamat kapal komersial.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak kemudian saling menuduh melanggar perjanjian itu sebelum pertempuran kembali tercetus menjelang akhir bulan berkenaan.

Dalam perkembangan terbaharu, AS turut mengenakan sekatan terhadap laluan perairan tersebut, manakala tentera AS dilaporkan melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal kargo yang didakwa cuba menuju ke pelabuhan Iran.

Trump menyifatkan sekatan itu sebagai tidak dapat ditembusi dan mendakwa tindakan berkenaan merupakan satu bentuk perkhidmatan kepada negara-negara yang bergantung kepada laluan Selat Hormuz.

“Sekatan itu tidak dapat dihentikan. Ia umpama tembok besi,” katanya.

Kenyataan Trump itu bagaimanapun segera mendapat tentangan Iran.

Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Undang-Undang dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi, menegaskan Selat Hormuz tidak boleh dirampas melalui kenyataan di media sosial, kapal pengangkut pesaTrump bakal isytihar Selat Hormuz sebagai ‘wilayah’ Amerika Syarikat.

Beliau turut menegaskan Iran tidak gentar dengan ancaman mahupun pertunjukan kekuatan ketenteraan AS.

 

.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button