
Microsoft sedang bincang ambil alih operasi TikTok di AS – Trump
WASHINGTON – Microsoft difahamkan sedang berbincang untuk mengambil alih pengoperasian platform media sosial, TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Menurut media antarabangsa, perkara itu diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump, semalam.
Beliau turut dipetik sebagai berkata, beliau mahu melihat persaingan bidaan daripada syarikat lain dalam penambil alihan tersebut.
Setakat ini, Microsoft dan TikTok masih belum memberikan sebarang komen terhadap kenyataan Trump tersebut.
Trump sebelum ini menyatakan, beliau sedang berbincang dengan beberapa pihak mengenai pembelian platform berkenaan dan menjangkakan satu keputusan mengenai masa depan aplikasi itu akan dapat dicapai dalam masa 30 hari.
Aplikasi tersebut, yang mempunyai kira-kira 170 juta pengguna di Amerika Syarikat, telah dihentikan sementara sebelum undang-undang yang memerlukan ByteDance untuk menjual aplikasi itu atas alasan keselamatan negara atau menghadapi larangan, mula berkuat kuasa pada 19 Januari.
Selepas memegang jawatan pada 20 Januari, Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menangguhkan penguatkuasaan undang-undang tersebut selama 75 hari.
Undang-undang itu diperkenalkan selepas pegawai AS memberi amaran mengenai risiko penyalahgunaan data rakyat AS.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








