BERITA SEMASA
Trump sahkan kehadiran pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 – PM Anwar
KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur, Oktober ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Trump mengesahkan kehadirannya itu semasa panggilan telefon dengannya, pagi tadi.
Awal bulan ini, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, memberi bayangan mengenai kemungkinan Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di ibu negara pada Oktober.
Anwar juga berkata kadar tarif baharu untuk Malaysia oleh AS akan diumumkan esok.
“Insya Allah, ia tidak akan membebankan ekonomi kita,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








