LUAR NEGARA

Ketegangan AS-Venezuela: Trump minta Maduro letak jawatan atau berdepan akibat buruk

WASHINGTON – Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Venezuela kembali memuncak apabila Presiden AS, Donald Trump dilaporkan memberi amaran keras kepada Presiden Venezuela, Nicolas Maduro supaya meletak jawatan.

Laporan itu didedahkan portal New York Post semalam dengan memetik panggilan telefon sulit antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Menurut laporan Miami Herald yang memetik sumber diplomatik, Maduro dikatakan menuntut agar beliau dibenar mengekalkan kawalan penuh ke atas angkatan tenteranya sekiranya Caracas bersetuju mengadakan pilihan raya bebas.

Presiden Venezuela itu turut dilaporkan meminta pengampunan global terhadap semua dakwaan jenayah yang dikaitkan dengannya.

Bagaimanapun, Trump menolak kedua-dua permintaan tersebut.

Sumber memberitahu, Trump sebaliknya memberikan satu tawaran terakhir yang dikatakan sangat tegas iaitu Maduro perlu berundur segera atau bersedia menghadapi akibatnya.

Dalam perbualan sama, Trump juga memberi amaran bahawa operasi ketenteraan di Venezuela ‘mungkin bermula tidak lama lagi’ sekali gus meningkatkan spekulasi bahawa Washington sedang mempertimbangkan tindakan lebih agresif terhadap kerajaan Maduro.

Sejak beberapa bulan lalu, AS telah melancarkan serangan ke atas bot-bot yang didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah yang berpunca dari rantau itu.

Penganalisis melihat situasi itu sebagai petunjuk kepada kemungkinan pelaksanaan operasi ketenteraan lebih besar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button