BERITA SEMASALUAR NEGARA

Ribuan bangkit tentang dasar imigresen Trump

NEW YORK – Ribuan rakyat Amerika Syarikat (AS) bangkit dalam protes jalanan di seluruh negara dalam gelombang kemarahan besar-besaran menentang dasar imigresen Presiden Donald Trump yang dilihat zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Di New York, lautan manusia membanjiri kawasan hadapan Perpustakaan Awam New York dengan mengangkat sepanduk lantang mengecam pemimpin yang dianggap gila kuasa, dengan slogan seperti “Tiada Raja di Amerika” dan “Lawan Kezaliman”.

Jeritan protes bergema apabila ribuan menyuarakan kemarahan terhadap tindakan pengusiran pendatang tanpa dokumen oleh Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE).

Salah satunya berbunyi; Suara rakyat semakin lantang – “Tiada ICE, Jangan Takut, Pendatang Dialu-alukan Di Sini”

Di Washington pula, api kemarahan rakyat terus menyala apabila penunjuk perasaan memberi amaran bahawa Trump sedang menggugat asas Perlembagaan AS, mencabuli prinsip keadilan dan undang-undang yang selama ini menjadi tunjang sistem demokrasi negara Uncle Sam itu.

“Pentadbiran ini sedang menyerang secara terang-terangan prinsip negara hukum. Ini bukan lagi soal politik, ini soal maruah negara,” tegas Benjamin Douglas, 41, yang turut menuntut pembebasan Mahmoud Khalil – pelajar pro-Palestin yang menurutnya dijadikan mangsa politik murahan oleh rejim yang semakin terdesak.

Kathy Valy, 73, warga New York dan anak kepada mangsa Holocaust, menyifatkan situasi semasa sebagai teramat membimbangkan.

“Ini mengingatkan saya kepada detik kelam ketika Hitler mula menonjol. Bezanya, Trump lebih dungu dan pentadbirannya bercelaru,” katanya.

Demonstrasi itu digerakkan oleh gerakan nasional 50501, yang berjaya menyatukan 50 protes di 50 negeri.

Media tempatan melaporkan lebih 400 perhimpunan bakal berlangsung sebagai tanda gelombang rakyat melawan kezaliman dan tindakan tidak sah pentadbiran Trump.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button