Trump dakwa simpanan peluru berpandu Iran kini tinggal 21 peratus
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa stok simpanan peluru berpandu Iran kini berbaki sekitar 21 hingga 22 peratus sahaja.
Dakwaan tersebut menyusul selepas Iran dilaporkan melancarkan puluhan serangan ke arah beberapa negara jiran sejak kebelakangan ini, biarpun perjanjian gencatan senjata masih berkuat kuasa, lapor AFP.
Dalam satu temu bual bersama NBC News, Trump menyatakan bahawa Iran masih memiliki keupayaan ketenteraan tertentu, termasuk aset dron
Anggaran tersebut ternyata lebih tinggi berbanding kenyataan Trump pada Mei lalu, yang mendakwa bahawa Iran hanya memiliki kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan stok peluru berpandunya.
Sebelum ini, Trump beberapa kali mendakwa keupayaan ketenteraan Iran telah dimusnahkan sepenuhnya.
Sementara itu, tentera Iran mendakwa telah melancarkan peluru berpandu amaran ke arah dua kapal pemusnah AS di Teluk Oman.
Bagaimanapun, dakwaan itu segera dinafikan oleh pihak tentera AS.
Dua hari sebelum itu, Kuwait memaklumkan pihaknya memintas 30 peluru berpandu balistik yang didakwa dilancarkan Iran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








