Usaha diplomasi perlu diteruskan walau Iran enggan berunding
KUALA LUMPUR – Langkah diplomasi bagi membawa semua pihak, termasuk Iran, kembali ke meja rundingan harus dipergiat meskipun terdapat laporan mengenai penolakan pusingan kedua perbincangan oleh negara berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut bagi memastikan tiada provokasi atau gangguan yang boleh merencatkan usaha membawa pihak terlibat ke meja rundingan.
“Satu-satunya perkara yang saya ingin komen adalah, saya berdoa dan berharap agar konflik ini dapat ditamatkan dengan sangat segera kerana konflik ini tidak memberi sebarang manfaat kepada sesiapa,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Penutup Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Mohamed Khaled juga berharap tiada pihak yang kecewa dan berputus asa dalam mengusahakan rundingan dan mengambil langkah diplomasi bagi menghentikan krisis di Asia Barat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








