LUAR NEGARA

China sekutu rapat Iran – Abbas Araghchi

BEIJING – Iran menyifatkan China sebagai sekutu rapat dan kerjasama antara kedua buah negara itu “akan menjadi lebih kukuh dalam keadaan semasa”.

Menurut The Guardian, kenyataan itu dibuat Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi susulan pertemuan beliau dengan sejawatnya dari China, Wang Yi, di sini.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi hak dan kepentingan sah kami dalam rundingan.. Kami hanya menerima perjanjian yang adil dan menyeluruh,” kata Aragchi ketika merujuk kepada rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) bagi menamatkan konflik antara kedua buah negara itu.

Wang turut berkata, China merupakan rakan strategik yang boleh dipercayai kepada Iran, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar China.

Menteri Luar China itu turut memberitahu Araghchi bahawa China “amat berdukacita” terhadap peperangan itu, lapor AP yang memetik rakaman video pertemuan berkenaan.

“Kami percaya bahawa gencatan senjata menyeluruh amat diperlukan segera, bahawa penyambungan semula permusuhan tidak boleh diterima, dan adalah sangat penting untuk terus komited kepada dialog serta rundingan,” kata Wang.

Ini merupakan kali pertama Araghchi melawat China sejak tercetusnya perang pada akhir Februari.

Lawatan itu berlangsung seminggu sebelum Presiden AS, Donald Trump dijadual mengadakan perbincangan dengan Presiden China, Xi Jinping di Beijing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button