PBB gesa Selat Hormuz kekal bebas, elak ganggu ekonomi global
NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan kebebasan pelayaran di Selat Hormuz mesti dipelihara tanpa sebarang sekatan, susulan ketegangan berterusan antara Iran dan Amerika Syarikat.
Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, Setiausaha Agung, Antonio Guterres menggesa semua pihak menghormati gencatan senjata sedia ada serta meneruskan rundingan secara konstruktif.
“Apa yang kita mahu lihat di Selat Hormuz adalah kebebasan pelayaran,” memetik Buletin TV3 online.
Menurut beliau, sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata perlu dihentikan segera walaupun perbezaan antara pihak terlibat masih ketara.
PBB turut memberi amaran bahawa gangguan berterusan terhadap laluan perdagangan strategik itu memberi kesan langsung kepada ekonomi global, termasuk menjejaskan bekalan baja dan bahan mentah.
“Situasi itu boleh memberi impak besar kepada sektor pertanian serta meningkatkan risiko keselamatan makanan dunia,” katanya lagi.
Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump dilaporkan mengarahkan tentera laut negara itu melaksanakan sekatan di Selat Hormuz, termasuk memintas kapal yang didakwa membayar tol kepada Iran.
Kenyataan itu dibuat selepas rundingan damai antara kedua-dua negara di Islamabad berakhir tanpa sebarang persetujuan, sekali gus menambah ketegangan di laluan maritim paling penting dunia itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








