LUAR NEGARA

AS lancar serangan baharu, Iran anggap konflik ‘perang demi kelangsungan’

WASHINGTON – Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran terus memuncak apabila Washington melancarkan siri serangan udara baharu ke atas beberapa sasaran ketenteraan Iran, manakala Tehran menyifatkan konflik itu sebagai ‘peperangan demi kelangsungan negara’ dan berikrar tidak akan berundur.

Menurut laporan, tentera AS menyasarkan beberapa lokasi termasuk sistem pertahanan pantai dan tapak peluru berpandu di Pulau Greater Tunb serta kawasan Ahvaz, dengan alasan operasi itu bertujuan melindungi laluan perkapalan antarabangsa di Selat Hormuz.

Sebagai tindak balas, Iran dilapor meneruskan serangan menggunakan peluru berpandu dan dron terhadap sasaran yang dikaitkan dengan kepentingan AS di Bahrain, Kuwait dan Jordan, selain menegaskan akan terus mempertahankan kedudukannya di Selat Hormuz.

Presiden AS, Donald Trump, mempertahankan tindakan ketenteraan itu dengan menyatakan operasi berkenaan perlu bagi menjamin kebebasan pelayaran di laluan strategik tersebut, di samping memberi bayangan bahawa ruang rundingan masih terbuka jika syarat tertentu dipenuhi.

Bagaimanapun, Iran menegaskan rundingan tidak akan diteruskan selagi Washington tidak menghormati perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

Konflik yang kembali memuncak itu turut memberi kesan kepada pasaran tenaga dunia apabila harga minyak mentah Brent meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan berikutan kebimbangan terhadap gangguan bekalan melalui Selat Hormuz, yang mengendalikan sebahagian besar eksport minyak global.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button