BERITA SEMASALUAR NEGARA

Media Iran dakwa dron terkena bangunan di Dubai

TEHRAN – Sebuah dron Iran dilaporkan telah terjatuh dan terkena bangunan di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Memetik laporan AFP, kejadian berkenaan telah dimaklumkan menerusi laporan media rasmi Iran.

Sementara itu, pejabat media Dubai dalam satu hantaran di platform X memaklumkan, pihak berkuasa negara itu sedang memberi respons terhadap insiden melibatkan dron yang terjatuh di sebuah bangunan berhampiran kawasan Dubai Creek Harbour.

Setakat ini, pihak berkuasa di UAE belum mengeluarkan maklumat lanjut mengenai kerosakan atau sebarang kecederaan akibat insiden itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button