Hizbollah lancar roket, dron ke Israel sebagai tindak balas kematian Khamenei
BEIRUT – Kumpulan pejuang Hizbollah mengumumkan telah melancarkan serangan roket dan dron terhadap Israel sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Pemimpin Agung Iran, Ali Khamenei.
Hizbullah memaklumkan serangan peluru berpandu dan dron itu dilancarkan sebagai pembalasan atas “pertumpahan darah Ayatollah Imam Sayyid Ali Al-Husseini Khamenei”, selain mempertahankan Lubnan dan rakyatnya daripada serangan berulang Israel.
“Serangan ini adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan berterusan Israel,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sementara itu, tentera Israel memaklumkan pihaknya telah melancarkan gelombang serangan balas yang menyasarkan kedudukan Hizbullah di seluruh Lubnan.
“Sebagai tindak balas terhadap tembakan projektil oleh Hizbollah ke Israel, tentera telah memulakan serangan yang menyasarkan Hizbollah di seluruh Lubnan,” menurut kenyataan tentera Israel.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan ketegangan di sempadan Lubnan-Israel terus memuncak, ketika konflik serantau melibatkan Iran dan Israel semakin meruncing.
Situasi berkenaan turut mencetuskan kebimbangan komuniti antarabangsa terhadap risiko perang lebih meluas di Asia Barat sekiranya tiada usaha diplomatik segera diambil bagi meredakan keadaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








