BERITA SEMASALUAR NEGARA

Malaysia kutuk tindakan ketenteraan Israel terhadap Iran

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Iran, termasuk serangan yang mengorbankan pemimpin kanan Iran

Anwar dalam kenyataan di Facebooknya menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu perbuatan cuai dan berat sebelah.

“Langkah ini mengancam untuk terus mengganggu kestabilan rantau yang sudah pun rapuh.

“Ia jelas bertujuan untuk mensabotaj rundingan yang sedang berlangsung antara Amerika Syarikat dan Iran,” katanya.

Anwar berkata, serangan itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Benjamin Netanyahu ketika kekejamannya ke atas Gaza semakin diperhatikan dunia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru rakan strategik Israel terutama negara‑negara yang mempunyai pengaruh untuk mengambil tindakan tegas menentang sebarang bentuk pencerobohan lanjutan.

Beliau juga menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa tidak harus membenarkan tindakan yang boleh menggagalkan proses diplomasi dan menjejaskan keamanan global.

Beberapa kawasan di sekitar ibu negara Iran digegarkan dengan serangan bom udara awal hari ini yang diakui dilakukan Israel.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button