TEHRAN – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian memohon maaf kepada negara-negara serantau dan menegaskan pihaknya akan menghentikan serangan ke atas mereka.
Beliau bagaimanapun berkata, serangan ke atas mereka akan diteruskan sekiranya serangan terhadap Iran datang dari negara-negara tersebut, lapor ArabNews Japan yang memetik Reuters.
“Saya mesti memohon maaf bagi pihak diri saya sendiri dan juga bagi pihak Iran kepada negara-negara jiran yang telah diserang oleh Iran.
“Majlis kepimpinan sementara bersetuju semalam bahawa tiada lagi serangan dilakukan terhadap negara jiran dan tiada peluru berpandu akan dilancarkan kecuali jika serangan terhadap Iran berasal dari negara-negara tersebut,” kata Pezeshkian dalam ucapan yang disiarkan oleh televisyen negara, hari ini.
Presiden Iran itu turut menegaskan, tuntutan Amerika Syarikat (AS) supaya Iran menyerah kalah tanpa syarat adalah “satu mimpi yang patut mereka bawa hingga ke liang lahad.”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








