LUAR NEGARA

Iran kutuk serangan Israel-AS

Tegaskan hak untuk bertindak balas

TEHRAN – Kementerian Luar Iran mengutuk serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu dan menyatakan “hak untuk bertindak balas dengan tegas”.

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan berkata, operasi ketenteraan itu turut melanggar undang-undang antarabangsa dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Republik Islam Iran menganggap serangan ini sebagai pelanggaran jelas terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menekankan bahawa ia mengekalkan hak sahnya untuk bertindak balas dengan tegas.

“Sejarah menunjukkan bahawa rakyat Iran tidak pernah menyerah kepada penyerang, Kali ini juga, tindak balas Iran adalah tegas dan pihak penceroboh akan menyesali tindakan mereka (menyerang ran),” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, lapor al-Jazeera.

Sebagai tindak balas, Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik terhadap beberapa sasaran di Israel dan negara Arab lain yang menjadi pangkalan tentera AS.

Setakat ini, kawasan yang telah menjadi sasaran termasuk Pangkalan Udara Al-Udeid di Qatar, Pangkalan Udara Al-Salem di Kuwait, Pangkalan Udara Al-Dhafra di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pangkalan Armada Tentera Laut AS ke-5 di Manama, Bahrain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button