LUAR NEGARA
Israel dakwa berjaya bunuh Komander Tentera Laut Iran
TEL AVIV – Israel hari ini mengumumkan berjaya membunuh Komander Tentera Laut Iran, Alireza Tangsiri dalam satu serangan udara, semalam.
Menteri Pertahanan rejim zionis, Israel Katz berkata, serangan itu turut membunuh beberapa lagi pegawai kanan tentera laut negara itu, kata The Guardian yang memetik laporan AFP.
“Tangsiri bertanggungjawab secara langsung terhadap operasi meletakkan periuk api dan sekatan ke atas Selat Hormuz.
“Dia kini sudah ‘diletupkan’,” kata Katz dalam satu kenyataan video, hari ini.
Iran setakat ini belum memberikan sebarang komen mengenai kenyataan Katz.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








