LUAR NEGARA

Perancis, Itali mula rundingan laluan selamat di Selat Hormuz dengan Tehran

DUBAI – Perancis dan Itali difahamkan telah memulakan rundingan dengan Tehran bagi membuka ‘laluan selamat’ buat kapal kedua buah negara itu melalui Selat Hormuz.

Al-Jazeera yang memetik laporan Financial Times (FT) berkata, negara-negara Eropah sedang berusaha untuk memulakan semula eksport minyak dan gas dari Asia Barat.

Laporan itu bagaimanapun berkata, rundingan tersebut masih berada pada “peringkat awal dan belum muktamad”.

Sementara itu, Reuters yang memetik sumber keselamatan Perancis berkata, negara itu mengumpulkan satu pakatan bagi “menstabilkan Selat Hormuz” sebaik sahaja keadaan keselamatan kembali pulih.

Laporan itu menyebut, Perancis telah berbincang dengan negara-negara Eropah, Asia dan negara Arab Teluk untuk merangka pelan menghantar kapal perang mengiringi kapal tangki minyak melalui laluan tersebut.

Sebagai rekod, kira-kira 6.2 peratus minyak mentah dan 8.7 peratus gas asli cecair (LNG) yang diimport dari negara bukan anggota Kesatuan Eropah (EU) melalui Selat Hormuz pada tahun 2024, menurut rangkaian penyelidikan berpangkalan di Jerman, CESifo.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button