‘Iran tidak akan berunding ketika sedang pertahankan diri’ – Ali Larijani
DUBAI – Laporan media Amerika Syarikat (AS) yang mengatakan Iran meminta rundingan diplomatik diadakan bagi menamatkan konflik di Asia Barat adalah tidak benar.
Setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Negara Iran, Ali Larijani dalam temubualnya bersama Al-Jazeera berkata, negaranya sama sekali tidak akan berunding dengan AS.
“Iran tidak akan berunding dengan AS ketika kami sedang mempertahankan diri.
“Ingin saya tegaskan, bukan angkatan bersenjata kami yang memulakan peperangan ini,” katanya dalam temubual tersebut.
Laporan Al-Jazeera turut menyebut, pendirian sama turut diambil Kementerian Luar.
Apabila ditanya sama ada Iran akan cuba menyelesaikan isu berkenaan menerusi saluran diplomatik, jurucakap kementerian itu berkata, pihaknya sudah mencuba saluran diplomatik sebanyak dua kali.
“Pertama melalui rundingan pada tahun 2025 yang tergendala akibat serangan Amerika Syarikat dan Israel.
“Kini, dalam situasi yang hampir sama, Iran sekali lagi diserang ketika ia menjangkakan dua pusingan rundingan baharu dengan AS dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA),” kata jurucakap yang tidak dinamakan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








