Pendakwah bebas terkenal tiba di mahkamah, berdepan pertuduhan seleweng dana NGO RM13 juta
SEREMBAN – Pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu bagi berdepan pertuduhan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.
Pendakwah berusia 30-an yang juga pengerusi NGO berkenaan tiba di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi bersama peguam.
Seorang wanita yang juga setiausaha NGO terbabit turut hadir bagi menghadapi pertuduhan sama.
Sebelum itu, media melaporkan pendakwah berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa serta menyeleweng dana NGO terbabit.
Siasatan mendapati individu berkenaan dipercayai menggunakan kedudukannya untuk memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.
Siasatan SPRM dijalankan bagi mengenal pasti aliran dana berkenaan selain menyiasat kemungkinan berlaku salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO terbabit.
Kes berkenaan turut mendapat perhatian susulan SPRM sebelum itu dilaporkan menyita aset bernilai kira-kira RM4 juta yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pendakwah berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








