JENAYAH & MAHKAMAHBERITA SEMASA

Bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis atas kes penipuan yuran guaman

KUALA LUMPUR – Bapa kepada Baby Syifaa ditahan oleh pihak polis petang semalam atas dakwaan penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, beliau mengesahkan bahawa bapa tersebut ditahan pada pukul 2.45 petang di sini oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, memetik laporan Harian Metro.

Menurut beliau, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan penipuan.

Sementara itu, bapa tersebut yang juga dikenali sebagai aktivis memperjuangkan kes penganiayaan, didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikatnya, YY Community Center.

Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan, turut menafikan bahawa wang tersebut digunakan untuk memulakan kerja bagi mewakili kes berkenaan.

Menurut Hafiz, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dalam urusan tersebut dan hanya menyedarinya selepas dimaklumkan oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button