BERITA SEMASA

MOT henti kelulusan nombor pendaftaran khas untuk NGO, syarikat – Hasbi

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan tidak lagi meluluskan permohonan Nombor Pendaftaran Khas (NPK) bagi manfaat mana-mana syarikat, individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang bertujuan menjana keuntungan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, dasar tersebut dikekalkan selaras keputusan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022.

Sebaliknya, Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) hanya ditawarkan melalui sistem bidaan dalam talian JPJeBid, dengan hasil kutipan disalurkan terus ke Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

“Sebahagian hasil itu digunakan bagi melaksanakan program yang memberi manfaat terus kepada rakyat,” katanya semasa menjawab soalan Rushdan Rusmi (PN–Padang Besar) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Hasbi, sejak NPI diperkenalkan pada 2023, kerajaan telah berjaya mengutip sebanyak RM110 juta menerusi bidaan nombor pendaftaran istimewa tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button