LUAR NEGARA

Israel berjaga-jaga kemungkinan campur tangan AS di Iran

TEL AVIV – Israel kini berada dalam keadaan berjaga-jaga terhadap kemungkinan campur tangan Amerika Syarikat (AS) di Iran ketika pihak berkuasa negara itu berdepan dengan protes anti-kerajaan terbesar dalam tempoh beberapa tahun.

Laporan Reuters, memetik sumber yang difahamkan terlibat dalam taklimat keselamatan Israel bagaimanapun tidak memperincikan apa yang dimaksudkan dengan tahap berjaga-jaga tinggi tersebut dalam amalan sebenar.

Presiden AS, Donald Trump sejak beberapa hari lalu berulang kali mengancam untuk campur tangan dan memberi amaran kepada pemerintah Iran supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan.

Semalam, Trump dilaporkan sebagai berkata, “Amerika Syarikat bersedia untuk membantu”.

Sebagai rekod, pada Jun tahun lepas, Israel dan Iran terlibat dalam perang selama 12 hari.

Semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio difahamkan membincangkan kemungkinan campur tangan AS di Iran, menurut satu sumber Israel yang hadir dalam perbualan itu.

Seorang pegawai AS mengesahkan kedua-dua pemimpin itu berbincang, namun tidak menyatakan topik yang dibincangkan.

Israel setakat ini tidak memberi isyarat bahawa ia mahu campur tangan di Iran ketika protes melanda negara itu, walaupun ketegangan antara dua musuh tradisi itu kekal tinggi susulan kebimbangan Israel terhadap program nuklear dan peluru berpandu balistik Iran.

Dalam satu wawancara dengan majalah The Economist yang diterbitkan Jumaat, Netanyahu berkata, Iran akan menerima akibat yang luar biasa sekiranya Israel diserang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button