Kelantan Red Warrior FC lengkapkan saingan 12 pasukan Liga Super
KUALA LUMPUR – Kelantan Red Warrior FC sah beraksi dalam saingan Liga Super musim 2026-2027 selepas dipilih mengisi kekosongan yang ditinggalkan PDRM FC susulan penarikan diri kelab itu daripada pertandingan.
Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kelab berpangkalan di Kota Bharu itu dipilih selepas melengkapkan semua dokumen yang memenuhi kriteria kewangan bagi membolehkan mereka dipromosikan ke Liga Super.
Kelantan Red Warrior FC yang menamatkan saingan Liga A1 Semi-Pro musim lalu di tangga keempat dilihat lebih bersedia selepas memenuhi syarat yang ditetapkan untuk beraksi dalam Liga Super musim 2026-2027.
Kelab itu mengatasi UM Damansara United FC dan Bunga Raya FC yang turut mengemukakan permohonan selepas memperoleh Lesen Kebangsaan Luar Biasa daripada First Instance Body (FIB).
Bagaimanapun, Armed Forces FC tidak mengemukakan permohonan untuk menyertai saingan Liga Super musim berkenaan.
Sementara itu, PDRM FC mengemukakan surat rasmi penarikan diri kepada MFL semalam bagi memberi tumpuan kepada proses penstrukturan semula pengurusan kelab.
Penyertaan Kelantan Red Warrior FC sekali gus melengkapkan senarai 12 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super musim 2026-2027.
Selain Kelantan Red Warrior FC, pasukan lain yang akan beraksi ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC dan Melaka F
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








