BERITA SEMASASUKAN

UEFA pertimbang gantung Israel

KUALA LUMPUR – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dilaporkan bakal mengadakan undian tergempar minggu hadapan bagi menentukan sama ada Israel akan digantung daripada menyertai pertandingan di benua itu.

Krisis tersebut memuncak apabila pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa penggantungan Israel daripada bola sepak antarabangsa susulan berlakunya pembunuhan beramai-ramai di wilayah Palestin yang diduduki.

UEFA berkemungkinan membuat keputusan minggu hadapan sama ada untuk menggantung penyertaan Israel dalam saingan bola sepak Eropah.

Jika Israel digantung, langkah itu dijangka menimbulkan penentangan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang juga merupakan tuan rumah bersama Piala Dunia 2026.

Walaupun UEFA mempunyai kuasa untuk menggantung Israel atau kelabnya daripada kejohanan anjuran mereka, badan itu tidak boleh menghalang Israel daripada menyertai kelayakan Piala Dunia kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha agung semua persatuan bola sepak kebangsaan di bawah UEFA kini bermesyuarat di Marbella.

Walaupun isu Israel tidak tersenarai dalam agenda rasmi, pegawai menjangkakan undian tergempar akan dipanggil minggu hadapan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button