Menteri Pertahanan, Komander IRGC dipercayai terbunuh – Reuters
TEHRAN – Menteri Pertahanan Iran, Amir Nasirzadeh dan komander Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Mohammed Pakpour, dipercayai terbunuh dalam serangan bersama rejim zionis dan Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Menurut Reuters, maklumat berkenaan adalah berdasarkan dua sumber yang arif mengenai operasi ketenteraan Israel serta satu sumber serantau.
Bagaimanapun, keadaan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei masih belum dapat disahkan.
Kediaman Ali Khamenei merupakan salah satu sasaran serangan udara pagi tadi.
Gambar satelit yang berjaya diperoleh menunjukkan kawasan kediaman tersebut mengalami kerosakan teruk.
Terdahulu, letupan kuat menggegarkan beberapa kawasan di Iran termasuk Tehran, dengan kepulan asap kelihatan menjulang di beberapa bahagian ibu negara ketika AS dan Israel melancarkan serangan udara.
Serangan itu mencetuskan ketakutan dan panik di seluruh negara, dengan barisan panjang terbentuk di stesen minyak dan ramai penduduk meninggalkan bandar utama untuk mencari tempat yang lebih selamat, menurut saksi.
Badan keselamatan tertinggi Iran memberi amaran bahawa serangan mungkin berterusan di Tehran dan bandar lain serta menggesa penduduk berpindah ke lokasi lain jika boleh bagi menjamin keselamatan.
Sekolah dan universiti diarahkan tutup sehingga diberitahu kelak.
Pasukan keselamatan turut menyekat jalan di beberapa kawasan di Tehran yang menempatkan pejabat Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei, Presiden Masoud Pezeshkian serta parlimen, kata saksi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








