BERITA SEMASA

Tiada pemindahan keluar rakyat Malaysia dari Asia Barat ketika ini – KLN

KUALA LUMPUR – Pemindahan keluar rakyat Malaysia di negara-negara di Asia Barat susulan konflik terbaharu yang tercetus antara Israel dan Iran tidak akan dilakukan buat masa ini.

Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam kenyataannya menyifatkan keadaan di negara-negara berkenaan masih selamat dan stabil.

“Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di luar negara tetap menjadi keutamaan Kerajaan.

“Pada masa ini, tiada keperluan pemindahan pulang rakyat Malaysia, termasuk pelajar Malaysia di rantau ini,” katanya.

KLN berkata, sebagai persediaan memantau perkembangan di rantau itu, pihaknya telah menubuhkan bilik operasi yang memberi tumpuan kepada Iran, Iraq, Jordan dan Lubnan.

Bagaimanapun katanya, rakyat Malaysia yang tinggal dan melancong ke negara itu dinasihatkan berwaspada dan mengikuti perkembangan situasi dari semasa ke semasa.

“Rakyat Malaysia juga digalakkan untuk mendaftarkan diri dengan Kedutaan Besar Malaysia di negara yang berdekatan untuk memudahkan komunikasi dan bantuan dalam situasi kecemasan,” katanya.

Situasi di Asia Barat tegang semula selepas Iran melancarkan serangan balas terhadap Israel.

Perkembangan terbaharu itu baru-baru ini dikatakan bakal mencetuskan peperangan bersskala besar termasuk Perang Dunia ke 3.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button