LUAR NEGARA

Gencatan senjata Iran-Israel masih bertahan – Trump

WASHINGTON – Gencatan senjata di anta Iran dengan Israel yang ditaja Amerika Syarikat (AS) berjaya diteruskan setelah kedua-dua pihak “bertindak dalam batas yang boleh diterima”.

Terdahulu, gencatan tersebut kelihatan hampir musnah apabila Iran didakwa melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel, namun dinafikan oleh negara itu.

Sebagai tindak balas, Israel sudah mengarahkan tenteranya melakukan serangan udara ke atas Tehran, namun campur tangan Presiden AS, Donald berjaya mengelakkan terjadinya serangan besar-besaran.

Susulan insiden berkenaan, Trump dipetik sebagai berkata, Israel perlu “bertenang” selepas beliau menyatakan bahawa kedua-dua Israel dan Iran telah melanggar gencatan senjata yang cuba beliau rundingkan.

“Sekarang saya kena tenangkan Israel,” kata Trump ketika meninggalkan Rumah Putih, lapor Reuters.

“Israel, sebaik sahaja kita mencapai perjanjian itu, mereka terus melancarkan serangan bom yang begitu dahsyat, paling besar yang pernah saya lihat.

“Kita sebenarnya ada dua negara yang telah berperang begitu lama dan begitu sengit sehingga mereka sendiri pun tak tahu apa yang mereka sedang lakukan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button