BERITA SEMASALUAR NEGARA

71 penduduk Palestin maut, serangan Israel makin sengit di Gaza

GAZA – Serangan tentera Israel (IDF) meragut sekurang-kurangnya 71 nyawa penduduk Palestin di seluruh Gaza dalam tempoh 24 jam, menjadikan tempoh sehari itu antara yang paling berdarah sejak konflik tercetus.

Angka korban itu termasuk 16 mangsa yang dilaporkan maut hari ini, manakala puluhan lagi cedera parah terutama di selatan wilayah berkenaan, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Serangan kejam itu dipercayai sebagai tindakan bersiap sedia IDF untuk menguasai Bandar Gaza, pusat bandar terbesar di Palestin dan menghalau hampir sejuta penduduk yang masih berlindung di kawasan itu.

Saksi berkata, penduduk mula meninggalkan kediaman masing-masing menuju ke kawasan pantai, berikutan serangan udara yang kian hebat di timur Shejaiya, Zeitoun dan Sabra.

Awal pagi tadi, IDF memaklumkan tenteranya terus melancarkan serangan terhadap Hamas di seluruh Gaza serta memusnahkan puluhan sasaran dalam tempoh sehari sebagai persiapan untuk operasi lebih besar menawan Bandar Gaza.

Di Khan Younis, Selatan Gaza, puluhan penduduk dimasukkan ke Hospital Nasser akibat ditembak ketika berkumpul di sebuah pusat pengagihan bantuan.

Ketua jururawat, Mohammad Saqer berkata kebanyakan mangsa mengalami kecederaan serius selepas diserang ketika cuba mendapatkan makanan di Rafah.

Tentera Israel setakat ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi, namun sebelum ini mengakui melepaskan tembakan amaran di lokasi pengagihan bantuan.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat lagi kematian akibat kekurangan zat makanan termasuk dua kanak-kanak, menjadikan jumlah korban akibat kebuluran sejak perang bermula meningkat kepada 317 orang, termasuk 121 kanak-kanak.

Israel bagaimanapun menolak angka korban yang diumumkan kementerian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button