LUAR NEGARA

Delegasi Iran, AS adakan pertemuan bersemuka bincang rundingan damai

ISLAMABAD – Delegasi Iran dilaporkan mengadakan pertemuan bersemuka dengan delegasi Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan rundingan damai antara kedua buah negara.

Laporan The Guardian yang memetik al-Jazeera berkata, perantara dari Pakistan turut berada dalam bilik rundingan berkenaan.

Perkara sama turut disahkan agensi Reuters yang memetik sumber tempatan

Rundingan tiga pihak itu melibatkan wakil Iran, Speaker Parlimen, Mohammad Ghalibaf dan Menteri Luar, Abbas Araghchi manakala AS diwakili Naib Presiden, JD Vance, Steve Witkoff dan Jared Kushner.

Ketua Angkatan Tentera Pakistan, Asim Munir turut menyertai rundingan tersebut sebagai wakil pengantara.

Dalam rundingan terdahulu antara AS dan Iran, termasuk rundingan nuklear tidak langsung yang berlangsung di Oman beberapa hari sebelum perang bermula pada 28 Februari, perantara biasanya berulang-alik antara kedua-dua pihak yang bertelagah untuk menyampaikan cadangan serta maklumat lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button