6 hari pertama perang telan kos USD11.3 bilion – Pentagon
WASHINGTON – Pentagon menganggarkan enam hari pertama perang terhadap Iran telah menelan kos sekurang-kurangnya USD11.3 bilion (RM44.41 bilion).
Angka tersebut didedahkan dalam satu taklimat tertutup yang diadakan kepada beberapa senator, semalam lapor NY Times.
Bagaimanapun, angka yang diberikan itu tidak meliputi keseluruhan kos perang.
Beberapa pembantu Kongres berkata, mereka menjangkakan Rumah Putih akan segera mengemukakan permohonan kepada Kongres bagi mendapatkan peruntukan tambahan untuk perang tersebut.
Sesetengah pegawai menyatakan, permintaan itu mungkin mencecah USD50 bilion (RM196.53 bilion), manakala yang lain berpendapat anggaran itu masih terlalu rendah.
Pentadbiran AS setakat ini belum memberikan penilaian keseluruhan mengenai kos keseluruhan konflik atau gambaran jelas tentang jangka masa peperangan tersebut.
Presdien AS, Donald Trump sewaktu lawatannya ke Kentucky semalam berkata, “kami telah memenangi ” perang itu, namun tenteranya akan terus kekal dalam pertempuran bagi menamatkan misi berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















