LUAR NEGARA

AS kemuka pelan 15 perkara kepada Iran untuk tamatkan perang

LONDON – Amerika Syarikat (AS) dipercayai mengemukakan pelan 15 perkara kepada Iran bagi menamatkan perang di rantau berkenaan, lapor The Guardian yang memetik Reuters.

Laporan mengenai pelan yang dihantar melalui Pakistan itu sebelum ini disiarkan oleh New York Times, yang memetik kenyataan dua sumber.

Menurut laporan NYT, tidak jelas sejauh mana pelan itu telah dikongsi dalam kalangan pegawai Iran dan kemungkinan Iran menerimanya sebagai asas rundingan.

Tidak juga jelas sama ada Israel, yang melancarkan serangan ke atas Iran bersama AS, bersetuju dengan cadangan tersebut.

Jurucakap tentera Israel sebelum ini menyatakan, serangan ke atas Iran dan Lubnan akan diteruskan walaupun AS mempertimbangkan kemungkinan gencatan senjata.

Menurut laporan Channel 12 Israel, 15 perkara tersebut ialah:

1) Iran akan melucutkan keupayaan nuklearnya;
2) Iran berikrar tidak akan meneruskan pembangunan senjata nuklear;
3) Iran tidak akan lagi memperkaya bahan nuklear;
4) Semua bahan yang telah diperkaya akan dihantar ke Saba mengikut jadual yang akan ditentukan oleh AS, Israel dan Iran;
5) Kemudahan nuklear Natanz, Isfahan dan Fordow akan dinyahoperasikan;
6) Agensi Tenaga Atom akan diberikan akses kepada semua maklumat berkaitan program nuklear Iran;
7) Iran akan meninggalkan model proksi;
8) Iran akan menghentikan pembiayaan dan pembekalan senjata kepada kumpulan proksi di rantau ini;
9) Selat Hormuz akan kekal terbuka sebagai zon maritim bebas dan tidak disekat pada masa hadapan;
10) Iran akan mengehadkan jumlah serta jarak peluru berpandunya;
11) Sebarang penggunaan peluru berpandu selepas ini hanya untuk pertahanan diri Iran;
12) Semua sekatan terhadap Iran akan ditarik balik;
13) Iran akan dibantu dalam pembangunan projek nuklear awam di Bushehr;
14) Ancaman “snapback” terhadap Iran akan dimansuhkan;
15) AS dan Israel akan membantu Iran memajukan serta membangunkan projek nuklear awam di Bushehr (penjanaan elektrik).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button