Iran beri amaran serang kapal tentera asing masuki Selat Hormuz
TEHRAN – Markas operasi angkatan bersenjata Iran memberi amaran akan menyerang kapal Amerika Syarikat (AS) atau mana-mana pasukan bersenjata asing lain sekiranya mereka memasuki Selat Hormuz.
Komander Markas Pusat Khatam al-Anbiya, Mejar Jeneral Ali Abdollahi memberi amaran kepada tentera AS supaya menjauhi selat itu dan menyatakan pasukannya akan “bertindak balas dengan keras” terhadap sebarang ancaman, lapor The Guardian.
Beliau turut menasihatkan kapal komersial dan kapal tangki minyak supaya tidak melakukan sebarang pergerakan tanpa penyelarasan dengan pihak tentera Iran.
“Kami telah berulang kali menyatakan bahawa keselamatan Selat Hormuz berada dalam tangan kami dan laluan selamat bagi kapal-kapal perlu diselaraskan dengan angkatan tentera (Iran).
“Kami memberi amaran bahawa mana-mana pasukan bersenjata asing, khususnya tentera AS yang bersifat agresif, akan diserang jika mereka berniat untuk menghampiri dan memasuki Selat Hormuz,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Presiden AS, Donald Trump mengeluarkan kenyataan bahawa tentera laut AS akan melancarkan ‘Project Freedom’ iaitu operasi “menyelamatkan kapal asing yang masih terkandas di Selat Hormuz” mulai hari ini.
Difahamkan, terdapat kira-kira 850 kapal yang masih terkandas di laluan berkenaan sejak serangan AS-Israel ke atas Iran, 28 Februari lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








