LUAR NEGARA

Kapal kargo Korea Selatan terbakar di Selat Hormuz

SEOUL – Kementerian Luar Korea Selatan mengesahkan sebuah kapal kargo dikendalikan syarikat perkapalan negara itu mengalami “letupan dan kebakaran” di Selat Hormuz.

Laporan The Guardian yang memetik kenyataan kementerian itu sebagai berkata, kejadian berlaku sekitar 8.40 malam (waktu Seoul).

“Satu letupan dan kebakaran berlaku pada sebuah kapal yang dikendalikan oleh syarikat perkapalan Korea Selatan… yang berlabuh di perairan berhampiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam Selat Hormuz”.

namu
Lokasi insiden dimana kapal kapal kargo HMM Namu terkena objek yang menyebabkan letupan lalu terbakar.

Kenyataan itu turut menyebut, setakat ini “tiada kemalangan jiwa” dalam kalangan 24 anak kapal di atas kapal tersebut yang terdiri daripada enam rakyat Korea Selatan dan 18 warga asing.

“Punca letupan dan kebakaran, serta tahap sebenar kerosakan, kini sedang disiasat,” katanya.

Kapal yang terlibat, HMM Namu, merupakan kapal kargo sepanjang hampir 180 meter yang berlayar di bawah bendera Panama, menurut data daripada laman penjejakan MarineTraffic.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button