Kapal tangki Pakistan berjaya lepasi Selat Hormuz
LONDON – Sebuah kapal tangki minyak Pakistan berjaya melalui Selat Hormuz dengan sistem pengenalan automatiknya (AIS) diaktifkan sepenuhnya, hari ini.
Menurut laman web pemantau trafik maritim, MarineTraffic, kapal tangki jenis Aframax bernama Karachi, menjadi kapal membawa kargo bukan milik Iran pertama yang berjaya melepasi laluan tersebut, lapor AFP.
Kapal tersebut yang membawa minyak mentah jenis Das dari Abu Dhabi, dipercayai diberi laluan selamat hasil rundingan.
MarineTraffic mengesahkan bahawa kapal tangki tersebut kini sedang belayar di Teluk Oman pada kelajuan kira-kira 9.6 knot selepas berjaya melalui selat itu dengan AIS masih aktif.
Laluan Selat Hormuz merupakan laluan penting bagi membawa minyak, gas dan kargo dari dan menuju ke negara-negara Teluk.
Sebelum ini, laluan tersebut tidak dapat dilalui mana-mana kapal sekalipun susulan kawalan ketat Iran yang menjadikan mana-mana kapal di laluan tersebut sebagai sasaran serangan.
Tindakbalas Iran tersebut susulan serangan rejim zionis dan sekutunya, Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran sejak 28 Februari lalu.
Firma data maritim, Lloyd’s List Intelligence merekodkan hanya 77 kapal melalui Hormuz setakat Jumaat sejak permulaan perang dengan kebanyakannya milik “armada bayangan” yang beroperasi di luar sistem insurans dan penjejakan tradisional.
Menurut UK Maritime Trade Operations (UKMTO), sebanyak 20 kapal komersial termasuk sembilan kapal tangki telah diserang atau melaporkan insiden di rantau itu sejak 1 Mac.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








