LUAR NEGARA

Isteri Khamenei meninggal dunia

TEHRAN – Isteri pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang turut cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang membunuh suaminya Sabtu lalu, meninggal dunia hari ini.

Menurut agensi berita Tasnim, Mansoureh Khojasteh Bagherzadeh, 79, berada dalam keadaan koma sejak serangan itu.

Semalam, anak perempuan, cucu, menantu perempuan dan menantu lelaki Khamenei, dilaporkan terbunuh dalam serangan AS-Israel.

Sebelum ini, tentera Iran turut mengesahkan empat pegawai kanan tenteranya terkorban dalam serangan terbabit.

Menurut satu kenyataan, semua pegawai berkenaan menjadi sasaran ketika sedang menghadiri mesyuarat Majlis Pertahanan.

Mereka yang terkorban dalam serangan ialah Ketua Turus, Abdolrahim Mousavi; Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mohammad Pakpour; Setiausaha Majlis Pertahanan, Ali Shamkhani; dan Menteri Pertahanan serta Logistik Angkatan Tentera, Aziz Nasirzadeh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button