BERITA SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat bagi 9 negeri hingga pukul 4 petang

KUALA LUMPUR – Keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga pukul 4 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara negeri terlibat termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Bagi Kedah, kawasan diramal terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Sik, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Yan dan Kuala Muda.

“Manakala bagi Kelantan, amaran membabitkan Gua Musang, manakala Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu di Terengganu,” kata kenyataan tersebut.

Bagi negeri Pahang pula, kawasan terlibat ialah Lipis, Jerantut dan Kuantan, diikuti Port Dickson bagi Negeri Sembilan serta Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button