POLITIK

14 pembahas DAP sokong parti kekal dalam Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Kesemua 14 pembahas pada Persidangan Kebangsaan DAP 2026 hari ini menyatakan sokongan supaya parti itu terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen ke-16.

Mereka turut meminta perwakilan memberikan sokongan bagi membolehkan DAP meneruskan kerjasama dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persidangan khas itu diadakan bagi membentangkan usul untuk menentukan sama ada DAP akan terus kekal atau menarik diri daripada blok pentadbiran sehingga tamat penggal Parlimen ke-16.

Lebih 4,200 perwakilan DAP akan mengundi bagi menentukan sama ada parti itu patut kekal dalam kerajaan Persekutuan hingga tamat penggal Parlimen semasa atau sebaliknya.

Proses pengundian itu diadakan ketika persidangan tahunan parti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), dengan usul berkenaan dibawa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bagi pihak Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Pembahas yang menyokong supaya DAP kekal dalam kerajaan ialah Lim Hooi Yee (Kedah), Daniel Gooi Zi Sen (Pulau Pinang), Azaha Abdul Rani yang mewakili Kelantan, Muhammad Shakir Ameer Mohideen (Selangor), Ng Chai Hing (Terengganu), Soo Tien Ren (Sarawak) dan Jason Ng Thien Yong (Perak).

Selain itu, sokongan turut diberikan S Mugunthan (Negeri Sembilan), Leong Ngah Ngah (Pahang), Wong Bor Yang (Johor), Sangeet Deo (Kuala Lumpur), Jason Tze-Xi Nathan (Melaka), Chew Chin Lee (Perlis) dan Yap Wui Lip (Sabah).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button