POLITIK

Syerleena tolak pencalonan CEC, fokus khidmat kepada rakyat

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, menegaskan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti, sekali gus menafikan spekulasi yang tular.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan mendalam kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Saya berasa amat rendah diri dan bersyukur atas kepercayaan serta sokongan yang diberikan terhadap pencalonan ini. Ia satu penghormatan besar, namun saya telah membuat keputusan untuk menolaknya.

Gambar hiasan.

“Hati dan fokus saya tetap kepada rakyat di Parlimen Bukit Bendera, dan saya mahu terus menumpukan tenaga kepada usaha yang telah kita mulakan bersama,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Bagaimanapun, Syerleena menegaskan kesetiaannya terhadap parti tetap utuh dan beliau yakin dengan kepimpinan sedia ada dalam membawa perjuangan ke arah masa depan yang lebih kukuh serta bersatu.

“Saya akan terus bekerja bersama rakan-rakan parti, menyumbang dalam kapasiti terbaik demi kepentingan rakyat dan organisasi ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang memberi kepercayaan dan sokongan kepadanya.

“Malaysia milik kita bersama,” katanya di akhir kenyataannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button