BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Empat ahli politik terima ugutan siber, PDRM buka siasatan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menyiasat empat laporan polis yang dibuat susulan ugutan penyebaran video lucah palsu berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap beberapa wakil rakyat.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, ugutan itu dikaitkan dengan cubaan pemerasan menerusi e-mel yang menuntut bayaran dalam bentuk mata wang kripto.

Antara mangsa terbabit ialah:

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang menjadi individu pertama membuat laporan pada 12 September lalu selepas menerima e-mel menuntut bayaran 100,000 USDT dengan ancaman penyebaran video palsu menggunakan wajahnya.

Senator Datuk Nelson W. Angang yang turut menerima e-mel dengan tuntutan serta ugutan serupa.

ADUN Kulim, Wong Chia Zhen yang menjadi sasaran dengan modus operandi sama.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari yang menerima ugutan berbentuk e-mel yang mirip kes terdahulu.

Kumar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“PDRM dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang berusaha mengesan pemilik e-mel terbabit serta mendapatkan maklumat tambahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut memberi amaran keras bahawa sesiapa yang menghasilkan, menyebar atau menggunakan bahan berunsur fitnah dan lucah seperti itu akan berdepan tindakan undang-undang tanpa kompromi.

“Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan, ketenteraman awam serta keharmonian negara,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button