BERITA SEMASA

Tiada isu kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen dan Perdana Menteri – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan tiada isu kehilangan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Tambun dan Perdana Menteri susulan tindakan undang-undang yang difailkan Waytha Moorthy terhadap beliau.

Menurut AGC, tindakan mencabar kelayakan dengan alasan pengampunan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-15 tidak membatalkan kehilangan kelayakan di bawah Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, AGC menegaskan Mahkamah Rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v Mohd Khairul Azam Abdul Aziz [2023] 2 MLJ 545 telah memutuskan YDPA mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan terhadap sabitan dan hukuman.

“Perintah Pengampunan yang dititahkan oleh YDPA ke-15 menyatakan Datuk Seri Anwar telah diberikan pengampunan sepenuhnya dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan.

Oleh itu, tidak timbul isu kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Perdana Menteri,” katanya.

AGC turut memaklumkan sebarang cabaran terhadap pemilihan seseorang Ahli Parlimen hendaklah dibuat melalui petisyen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan dan difailkan dalam tempoh yang ditetapkan di bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button